2018 - Qila Sulaiman

Saturday, September 29, 2018

NEXGLO PROFESSIONAL UV PHYSICAL

September 29, 2018 1
NEXGLO PROFESSIONAL UV PHYSICAL
Ramai wanita di luar sana masih mencari-mencari produk yang sesuai untuk melindungi kulit muka dari sinaran matahari yang boleh menyebabkan kulit muka terbakar dan jika biarkan ia berpanjangan berkemungkinan kanser kulit bakal terjadi .
 
Perlu atau tidak pakai sunblock/sunscreen  ?
 
Kita perlu & di wajibkan memakai sunblock / sunscreen setiap hari kerana lapisan atmosfera yang semakin nipis
 
Jom kita belajar soal  sinaran UV & SPF
 
Sinaran UV terbahagi kepada dua iaitu UVA & UVB, kebanyakan wanita diluar sana lebih penting kan UVB kerana sinaran ini hanya menyerang lapisan luar kulit sahaja yang menyebabkan kulit terbakar ( sunburn ) ,so disini mereka hanya fikirkan cara hindari muka dari terbakar tetapi mereka perlu tahu sinaran UVA lebih dasyat kerana mampu menembusi lapisan kulit hingga ke sel - sel kulit yang menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan ) , berdekut , kusam & masalah dalaman kulit yang lain
 
SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor.
SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita
 
Contoh pengiraan :
 
1 - cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit
Contoh SPF 15
kita perlu tolak satu dari nilai SPF itu
misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)15 iaitu 0.93
so 93%  sunblock dapat lindungi kulit kita dari sinaran UV
 
Jika SPF 45 ,97% ( NEXGLO UV PHYSICAL )
 
 
2 - Setiap warna kulit berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV
 
Kulit putih - hanya bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat - dalam 15 minit
Kulit sawo matang - selama 20 minit
 
Contoh kiraan
 
Untuk yang berkulit kuning langsat , jika dia menggunakan spf 45( NEXGLO UV PHYSICAL ) , maka ianya mampu bertahan selama 15x 45 = 675 minit untuk bertahan ( 11 jam lebih ok )
 
 Eh nexglo tu apa? kenapa asyik mention soal negxlo ? sabar- sabar nak cerita lani :P

 
 
 
NEXGLO PROFESSIONAL UV PHYSICAL | BROAD SPECTRUM SPF 45
 
Nexglo produk yang menjanjikan produknya setaraf produk antarabangsa, ianya jelas sekali kerana tiada lagi produk Sunscreen yang ada di pasaran Malaysia hasil bumiputera kita. (Cosa Jaya Sdn bhd)
 Produk yang di formulasikan dari France ini dapat membantu para wanita di luar sana dari pelbagai masalah kulit muka
 
 
 
Kelebihan Nexglo Untuk Para Wanita
 
Sentuhan nexglo yang dapat menyembunyikan bintik bintik hitam & kerosakan pada kulit.
 
  • Formulasi dari France
  • Sesuai Untuk Semua Jenis kulit ( normal / kering / berminyak / sensitive )
  • Boleh digunakan sebagai foundation / bedak
  • Boleh dijadikans sebagai Primer
  • Texture yang sangat lembut
  • Tidak bermintak
  • Tidak melekit
  • Solekan tahan lama
  • Tidak Menyekat Liang Pori
  • Perlindungan dari UVA / UVB.
  • Bertindak sebagai Mineral Base
  • Anti Kedutan / Penuaan/ Jeragat
  • Kulit Wajah Semakin Glowing
  • dan yang paling penting tidak Mengandungi Bahan Kimia Merbahaya
 
Majlis Pelancaran Produk Nexglo Uv Physical di Park Avenue Hotel, Sungai Petani
  
 
 
Pada 18 Feb berlangsungnya majlis pelancaran produk nexglo di Dewan Istana Melaka Park Avenue Hotel,  yang dihadiri oleh pengguna nexglo, rakan & keluarga terdekat team Nexglo , blogger dan jemputan khas MUA ( Haya Rahim ).
 
Majlis pelancaran ini bukan saja untuk memperkenalkan produk Nexglo Uv Physical tetapi mereka juga memperkenalkan beberapa produk yang bakal di keluarkan. Walaupon majlis pelancaran baru diadakan tetapi product Nexglo telah habis terjual sebanyak 300 tiub
( hebat kan penangan nexglo nii .. )
 
Majlis dimulakan dengan ketibaan VIP ( Founder Nexglo ) dan diikuti dengan bacaan doa bagi merahmati majlis yang diadakan
 
 
 
 
 
Ucapan & Perasmian yang tulus ikhlas oleh pengasas nexglo Pn Nurul Huda
 Majlis pelancaran nexglo yang penuh dengan kejutan buat para jemputan iaitu Launching Gimik

 

 
 
 Keberkesanan produk lagi diyakini apabila pengguna nexglo tampil menceritakan pengalaman mereka menggunakan produk tersebut .
 
 

''Yang ajaibnya muka saya tak terbakar / burn langsung sedangkan saya baru balik dari percutian di Langkawi ''- Pengguna Pertama

''Sejujurnya saya memang tak makeup tebal dengan adanya nexglo senang saja calit2 dh glow and perubahan kulit muka juga berbeza ia lebih cerah ''- Pengguna Kedua

''Saya tak suka makeup tebal lebih suka kepada natural face , bila pakai nexglo sudah cukup tak perlu foundation memang puas hati ''- Pengguna Ketiga

Majlis diteruskan dengan sesi PRODUCT TESTING





Sesi makeup bersama  MUA HAYA RAHIM

 




live FB

ha tudiaaaa mua haya tgh promote dalam fb live

calit-calit saja - Nexglo
 
SOAL JAWAB BERSAMA CEO NEXGLO ( Puan Nurul )
 
 

 


 
''saya terlampau memilih untuk memilih product , dalam Dayang Beautycare tiada skincare saya jual salama 7 tahun saya berniaga , tapi tahun ni saya ambil sbb TRUST. ''-  Dayang ( Stockist )

 
'' Muka I ok , tapi takut nk cuba product baru ni, tapi I try pakai nexgo and blusher saja macam fully makeup dah , sangat senang & tak oily ''
 
 
TESTIMONI KEBERKESANAN NEXGLO
 
pengalaman qila sendiri .. serious nexglo ni mmg bagus






 

 


 
 
 
 
Stockist : Nadia : 012-473 5844
 


 

Saturday, January 27, 2018

TEMPAT MENARIK DI PENANG

January 27, 2018 0
TEMPAT MENARIK DI PENANG
Tempat Menarik Di Penang



Penang menjadi salah satu pusat pelancongan di Negara kita & kedudukkan nya yang strategik serta kemudahan pengangkutan awam yang tersedia lagi menarik minat pelancong untuk bercuti disini.

Penang juga terkenal dengan menu makanannya seperti Nasi kandar, Pasembor,Mee sotong & byk lagi. Kalau anda semua datang ke Penang rugi betul kalau tak explore semua yang ada disini .

Bukan hanya terkenal dengan makanannya , Penang juga mempersembahkan pelbagai tempat menarik kepada kita seperti alam semula jadi ( laut & hutan ), muzium, street art & peranakan house .

Qila tak nak cakap banyak jommm kita tengok apa yang menarik di Penang


# MUZIUM WONDERFOOD PENANG

Alip , Lala & Maira cant wait to explore the museum. 












  


Makanan yang paling mahal dalam dunia sebab ada unsur emas & saffron


Address: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Phone: 04-251 9095

Admission fee
  
Adult : 15 MYR
Children : 10 MYR
Visitor
Adult : 25 MYR
Children : 15 MYR


#PENANG STREET ART

by Ernest Zacharevic

Pelancong boleh berjalan atau menyewa basikal untuk pergi ke setiap mural di area Georgetown



#CHEW JETTY PENANG

Sepanjang laluan ke jeti, kita akan melewati beberapa buah rumah kayu yang cantik & masih kukuh.



Address : Chew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau Pinang


 #ARMENIAN STREET

Jalan kecil yang menarik , which is dekat sini la korang dapat makan ice kepal lepas penat berjalan , bergambar dengan lukisan mural .

Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai cenderahati ,perhiasan diri,lukisan kanvas & buku-buku lama oleh orang tempatan & luar .

nampak tak banyak bercerita dah cair !





marsha & qila


Address : Lebuh ArmenianGeorge Town, Penang Island, Malaysia

Fruitmade , Penang

6, Lebuh Cannor, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang




# PENANG AVATAR SECRET GARDEN

Sesuai di kunjung pada  waktu malam untuk merasai seperti berada di Dunia Avatar ,
 di hiasi dengan lampu LED yang akan bertukar-tukar warna .




Address : 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Entrance fee : 1 myr ( last year free lagi )

Parking fee : 5 myr


                                  #  ENTOPIA BY PENANG BUTTERFLY FARM


Entopia Penang sesuai bagi semua peringkat umur, terbahagi kepada dua tempat iaitu indoor (NATURELAND) pengunjung dapat melihat rama-rama berterbangan & outdoor (COCOON ) dapat melihat pelbagai jenis serangga lain.

Di Natureland pengunjung akan melewati gua kecil untuk melihat ular, katak & serangga yang lain ,
seterusnya baru memasuki ruang bebas rama-rama (David's Garden)





my fav human



David's Garden






Di Cocoon terdapat pelbagai aktiviti dapat di lakukan, seperti games utk kanak-kanak mengenali kehidupan serangga & jenis-jenis serangga yang wujud.

Pengunjung juga dapat mempelajari sains entomologi di Entopia,


Faris berada di rumah semut 


Entopia by Penang Butterfly Farm details :

Location : Jalan teluk bahang , teluk bahang, 11050 penang
openin times : 9am-5.30 pm , Monday - Sunday

Price Ticket : Adult 45 myr

for more information about the price please refer http://www.entopia.com/


# DARK MANSION PENANG 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM

Glow in the dark musem di Malaysia hanya ada di penang sahaja , lukisan yang unik ianya dapat dilihat dari dua dimensi berbeza,Edgar Muller bukan calang-calang pelukis diimport khas dari German.


Color glow in the dark ... bab ni syiokk boleh suka hati conteng

Rumah si kerdil

dunia khayalan penuh impian






cute fridge magnet
Tshirt glow in the dark so malam u jadi superman untuk I ok


Eh dah habis ker ? Oh tak belum lagi
sila bawak ticket ni untuk ke next muzium



# MADE IN INTERACTIVE MUSEUM PENANG

Dah letih dengan muzium glow-glow ni kita terjah ke 3D muzium yang menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang




Kembar lain mak
Thanks for sharing babehh!
Thanks YB sebab ajak hitea

Address  : Penang Interactive Museum

3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Admission Fee :

Adult  : 15 MYR
Children : 10 MYR
Adult visitor ( foreigner )  : 30 MYR

Address : Glow In The Dark Museum

145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang

Admission Fee :

Adult : 20 MYR
Children : 12 MYR

Adult visitor ( foreigner ) : 27 MYR
Children visitor ( foreigner ) : 17 MYR

P/S : I thought 25 myr ticket only for glow museum but after payment has been made they gave us ticket for Penang Museum like wth berbaloi siakkk , myb under promotion ( very lucky )


# HIN BUS DEPOT PENANG

Dibina pada tahun 1947, Hin Bus Depot merupakan depot ' bus biru ' yang digunakan untuk laluan Tanjung Bungah & Telok Bahang. Sebuah syarikat telah membeli tapak tersebut  Setelah bertahun –tahun di biarkan kosong.


Ernest  Zacharevic  yang terkenal dengan lukisan mural nya telah menggunakan ruang kosong untuk persembahan solo nya. 5 tahun kemudian depot ini di bangunakan & di perbaharui dengan mengwujud kan galeri pamera , pasar seni pada hari ahad, dan penyiaran filem-filem seni & dokumentari pada hari selasa


Sunday-pop market 



Setiap pagi Ahad, hin bus depot akan diwarnai dengan gerai-gerai yang menjual makanan homemade, t-shirt,beg, barang perhiasan diri & banyak lagi

Pameran Seni & Mural


Dinding-dinding yang dibiarkan kosong telah diwarnai & dihiasi oleh artis-artis tempatan & juga luar negara














# PESTA PENANG

Pesta penang takda sepanjang masa hanya pada hujung tahun so uolls jangan galak nak p pulak nanti nampak tapak ja . Bukan sekadar Euro Fun Park terdapat pelbagai persembahan yang ada seperti persembahan dari artis jemputan ,Boxing , Muay Thai & macam-macam lagi .



maira , lala & alip sangat tak ongg


Address : Tapak Pesta Sungai Nibong

Parking fee : Berbeza ( kena pandai pilih takut kena tipu )

Entrance fee : 5myr

#CHOCOLATE & COFFEE MUSEUM

Masuk saja kedalam kita akan dapat lihat proses membuat coklat, actually dalam tu bukan la muzium sangat lebih kepada jualan coklat & minuman kita boleh rasa semua coklat yang ada

So sesiapa yang minat chocolate highly recommended




no camera once u entered that area

 Address : 22, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Admission fee : No

# BATU FERRINGHI NIGHT MARKET

macam -macam ada harga kena pandai nego ok ! jgn terkena sudah


# PENANG YOUTH PARK @ TAMAN BELIA

Tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

-  Bersenam , jogging , main bola , badminton , mandi manda, berbasikal & pelbagai aktivit

Tandas / bilik mandi : Tip top bersih

Address : Persiaran Kuari, Pulau Tikus, 10450 George Town, Pulau Pinang




 #THE MARINA , STRAITS QUAY


Tempat yang santai & tenang , kebanyakkan ramai orang tak tahu lagi kewujudan straits Quay ,
terdapat beberapa buah restoran & kedai seperti converse store , booth -booth yang menjual pelbagai aksesori, pokok bunga seperti orked & macam-macam lagi .


Menyediakan trek untuk berjalan , berjogging & berbasikal sambil menikmati udara segar & melihat kemewahan kapal-kapal yang berlayar .

orang ada-ada ja boleh ni


# PENANG HOT AIR BALLON FIESTA 

Pesta Hot Air Ballon hanya Akan berlangsung pada bulan Februari, bertempat di Padang Polo, Penang






Tempat Makan Menarik Di Penang 


#T.S BISMI CHOWRASTA





mee sotong mamak & teh halia ais ( sumpah sedap )

Address : Tepi pasar chowrasta


# AIS TINGKAP @ WINDOW SHERBET



biji selasih , isi kelapa & sirap
Address : 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang ( tepi pasar chowrasta )

# NASI KANDAR LINE CLEAR


Address : Beside 161 & 177 Penang Road Georgetown 10000 Georgetown Penang

# ROTI CANAI TELUR LELEH DI NASI KANDAR KETAPANG



# NASI KANDAR DEEN




# ROTI BAKAR HUTTON LANE 

roti canai ayam cheese ( sumpah sedap gila ) 





# LAKSA TEMPURUNG

Address : Jalan Gertak sanggul , bayan lepas pulau pinang






@ LAKSA TEMPURUNG NEED TO SPONSOR THEM :p
boleh mandi juga , very peaceful place



# PENANG HILL ICE KACANG




avocado jus remind about Medan

# RESTORAN NASI PADANG MINANG , GEORGET TOWN PENANG


Pelbagai lauk pauk nasi padang atau lauk pinang, lunch hours pelanggan sangat padat &
terpaksa menunggu untuk meja kosong


Sedap !


 # DIM SUM VALET  , PENANG (HALAL) 

Terdapat pelbagai jenis dimsum , laksa & keoyteow goreng







Thanks guys sebab baca . Lots of Love <3

update : 22/09/19