Entry yang sangat panjang , get ready yoo!
Bercakap tentang braces first impression untuk semua orang ialah Ugly betty . Untuk i pula , i adore sesiapa pun yang pakai braces because its looks so beautiful . Pernah suatu tika dulu i berhasrat nak pakai braces di zaman persekolahan tapi i kena batal kan niat tu sebab keluarga i bukannya orang berada ( not attention seekers ok :P )
Apa itu braces ? Braces ialah besi yang melekat pada gigi kita supaya gigi tersusun lebih elok ,tapi untuk nak elok pun mesti ada seksanya (beauty is pain ) , si pemakai harus berkumur selepas makan atau pon mengunakan lidah sebagai pemantau sama ada sisa makanan terperangkap di besi-besi tersebut atau tidak
(ala-ala pengawas yg berdedikasi gitu bermula hujung gigi kanan sampai hujung gigi kiri ).
Bila kita dah ber- braces maka akan terjadi nya masalah menutup mulut dengan baik, mula-lah sering menjuih mulut kedepan & airliur juga akan berkumpul kahh kah kah.
Untuk pengetahuan semua i pakai braces bukan saja-saja tau , struktur gigi bawah i tersangat teruk menyandar satu sama lain bagaikan pasangan yang tengah hangat bercinta. Untuk gigi atas i ada satu yang buat spoiled dia rapat menyorok belakang gigi depan.
Tapi semua yang jadi salah i , bila ada gigi longgar i tak nak cabut main guna lidah kiri kanan then esok lusa tercabut sendiri tanpa darah bhaii haha , tapi padahnya gigi kekal takda ruang nak tumbuh dia pon berubah arah la majukk katanye .
* imbas kisah dulu *
Pemeriksaan gigi di sekolah ya ampun paling ngeri dengan muka nurse garang & doc pula pakai mask terasa doc tu ketua jahat ( budak budak imaginasi tinggi sikit ) bila van kesihatan lalu nak ke klinik budak-budak yang kelas nya di tingkat bawah la akan nampak dulu so yang tingkat atas ni akan terkejut beruk bila ada orang panggil dengan kad hijau di waktu sesi pembelajaran kah kah by hook or by crook you memang kena pergi tak boleh lari.
Dan i salah seorang mangsa doc gigi yang terkejut beruk bila orang datang bg kad hijau tu,
i masih ingat lagi suasana waktu itu i sempat sembunyi di tandas sebelum pergi ke klinik, nak lari tapi takut, takut kena rotan so i apa pun terjadi i kena hadap geng baju putih tu and i endup dengan dua batang gigi.
Bila i dah besar i mula menyesal dengan apa yang jadi & i berjanji dengan diri " i one day kalau i ada anak i akan pasti kan gigi dia akan di cabut bila tiba waktu nya ", so there's no more gigi rongak.
#katakantidakuntukbraces
KLINIK PERGIGIAN DR NOOR DINA
Alhamdullilah dengan izin Allah swt i berjaya pakai
braces ! last year bulan 3 i ada bt check up dekat Klinik pergigian Dr
Azleen tapi bila balik rumah cerita dekat family semua tak izin kan, so i pon
frust menonggeng la hainya itu impian dari i kecik-kecik nak pakai braces. So
bulan 3 tahun ini i berjaya memujuk hati
mak untuk izinkan i pakai braces di Klinik Doc Dina. Klinik Doc Dina i tahu pon dari Tasha , assistant doctor orangnya lemah lembut i tanya itu ini senyum jer
jawab kalau orang lain myb dh kena
rengau aku ni! Haha semua appointment
dengan doktor dia yang tolong uruskan.
19/3/2017
Check up untuk braces. Jadi doktor tengok, doktor inform yang i di haruskan 4 batang gigi termasuk gerham yang berlubang (yang ini mmg tak dapat diselamatkan ) , then doktor tanya i nak balik fikir dulu
ke macam mana ? I terus cakap nk
buat , so doktor inform
kita terus buat acuan/mould gigi.
p/s : perkara yang i paling malu bila doktor tgk gigi
gerham i euwww paling teruk, mesti doktor fikir i pemalas jaga gigi kan!!!
23/03/2017 2.30Pm
Hari ni pulak i datang untuk cabutan bertuah, gigi mana
yang bertuah nk kena cabut lerrr, ok i masuk saja dalam bilik, assistan doc suruh duduk then doktor sapu kan ubat kebas selepas beberapa saat doktor cucuk di
beberapa bahagian gusi btw beb xsakit
rasa cm kena gigit dengan semut jer ! Bila dah kebas doktor masuk kan seperators di tepi gigi bagi memudahkan
pemasangan molar bands. Seperators hanya bertahan dalam tempoh seminggu. Then bila nak masuk kan getah
di gigi gerham atas jenggggggg ada cavities pula punggah betui ! Dia boleh
dok makan dalam pulakk! Yang noticed tu pon husb doc dina so memang harus tampalan
la jawab nyaa .
Molar bands |
Seperators |
Lala di suruh berpindah ke bilik sebelah untuk scalling
setelah siap scalling tiba masanya gigi ku dicabut, gigi pertama yang di cabut sebelah kiri . Doktor muda
( tak tahu nama dia tapi dia cantik ) dia cungkil cungkil sikit baru la dia
pusing2 then cabut ! ( sambil menyanyi lagi doc ni sempoi betul ) .
Gigi bertuah seterusnya gigi gerham, gigi ni rosak dan rapuh baru nk tari dh retak lama juga la doktor cuba tapi failed nurse panggil husb doktor dina dia pula take over rasanya dia terpaksa cabut
satu persatu serpihan gigi tersebut , Doktor cakap kalau sakit bagi tahu, ( aku ni pantang org sebut sakit
dan dan sakit la ) masa dia nk cabut tu i cakap sakit,doktor pun bagus cucuk lagi then dia tanya rasa tak jarum i cakap
tak, dia kata haa ada lagi la tu ubat
ha ha ha gelabah biawak jer, kiri kanan juga la kepala nak di
cabutnya.
#Tips apabila melalui proses mencabut gigi ialah bertenang & lembutkan badan
26/03/2017 12.30 Pm
Husb doktor dina yang
handle i untuk hari ni , perkara pertama ditanya " macam mana lepas cabut ok tak sakit tak ? ", i pon dengan lagak jawab nya " tak sakit doktor tapi mcm ada nanah dekat bekas cabut tu ", then doktor inform cakap itu tulang , fuh lega dengar !! Baru nk acu
domba dkt doktor tapi i rasa doktormacam wonder dengan i sebab i tak sakit lepas cabut gerham.
Hurm well well lala kan !
Doktor ada explain gigi yang
ada cavities ni elok cuma dia makan dalam, kadang-kadang dia naik ni nasib, “saya tau qila mmg jaga gigi tapi
takpa kita boleh tampal “.
(Aduhai rasa berbunga2 hati doc puji i cuma paling cuak bila orang kata I
xpandai jaga gigi ).
Untuk cucuk kali ni tak rasa apa langsung, first buat
tampalan doktor gerudi & buang dulu semua cavities ,then asah gigi & proses tampal, doktor ada masukkan satu alat hold
gigi tuh bagi memudah kan proses tampalan, setelah siap tampalan doktor cucuk lagi untuk proses cabut, rasa nya untuk 2 gigi ambil
masa dalam tempoh 1 minit.
Thanks doktor
Yeayyyy akhirnya lala berjaya cabut 4 batang gigi!
30/3/2017
Harini i datang untuk
pemasangan braces ,first patient ok! Sebelum doktor sampai
sempat la menyembang dengan staff
situ namanyer Ain, comel orangnya putih gebus. Then kak milah
( senior staff ewah mcm tau semua akuni haha )datang dari bilik sebelah Tanya dkt si ain ni , “ ain
ada bau buah quanen tak ? i ni
muka dah cuak sebab 4 hari lepas husb doktor dina ada tanya i "aqila ada bawa buah quanen ka?",tapi i senyum jer la then kakmilah pon perasan yang hari tu mmg i ada juga dalam situasi #bauquanen ! hahah
semua curious mana datangnya bau
tu,
Mungking kah body mist aku berbau buah quanen ?
benar-benar memalukan ciss haha
# Bath & body works please make flavor durian too.
Doktor yang pasang braces untuk lala Doktor Dina ( orang nya
tinggi , berkaca mata & cantik ).
Untuk kalini i memang xtahu nk bercerita mcm
mana sbb byk proses tapi over all mmg tak rasa sakit langsung .
Thanks GUYS
----------------------------------------------------------------------------------------------
LETS START TO OUR SUBJECT
SAKIT TAK PAKAI BRACES ?
Itu soalan lazim untuk orang bertanya kepada si pemakai braces, termasuk juga diri ini sebelum berbraces. Ok sejujur nya tidak sakit waktu pemasangan braces,cuma akan rasa sakit bila i cuba nk gigit sesuatu mengunakan gigi hadapan berlaku dalam tempoh 1-2 minggu & akan menjadi normal setelah melepasi tempoh tersebut. Dan akan ada masa nya satu dua batang gigi sakit tapi takper bukan sakit yang sampai ke otak hahaha.
Untuk cabut gigi SUMPAH TAK SAKIT
Untuk cabut gigi SUMPAH TAK SAKIT
CARA PENJAGAAN
Untuk penjagaan gigi i ambil masa 2 minute untuk gosok gigi
# menggunakan berus gigi khas untuk braces
# normal berus gigi ( soft )
# flos gigi
For further details please cari mr you tube
ULSER
Gunakan wax yang diberi
# gumpalkan secara halus dan lekatkan pada besi gigi yang menyebabkan ulser di dinding mulut
HARGA / PRICE
After i recce-recce rate braces di kawasan sungai petani klinik pergigian doktor dina rate yang paling rendah. Harga untuk braces 3500myr exclude cabut , scalling & tampal.
first month, zoom tgk ada spring ok #wanitabesi & below photo is second month, dah buang spring tu !
kenapa ada spring ? sbb gigi tersebut tiada ruang utk letak bracket
|
Address : no 4 jalan cindai jaya 1 , taman cindai jaya 08000 sungai petani
Phone : 04-422 3030
Thanks sebab baca celotehs lala!